Thursday, 30 June 2011

Sepi Terubat Jua - 1

Subuh menyingsing hari. Wajah remang-remang subuh dek mentari yang mencelah awan  menyejukkan mata yang memandang. Terang-terang tanah aku sudah berada di pinggir  sawah. Ibu bapaku tidak mengusahakan sawah padi. Ayah ku seorang guru dan ibuku  seorang pegawai di Kementerian Kesihatan. Dua orang kakakku sudah pun berumah tangga dan tinggal di Perlis dan Negeri Sembilan masing-masing. Di rumah, hanya ibu, ayah dan anak saudaraku sahaja. Ayah dah tiga tahun pencen dan sekarang  mengusahakan kelas mengaji Quran. Ibu masih lagi bekerja di tempat yang sama. Pak Su, adik kepada mak hanya tinggal di sebelah. Pak Su orang kuat Parti  Politik. Dia ada perniagaannya sendiri.

Namun, aku selalu lepak di sawah padi Pak Cik Yong. Keluarganya berasal dari Siam dan sudah menetap di kampungku sejak berketurunan lamanya. Jauh di tengah sawah Pak Cik Yong dan Mak Cik sudah pun terbongkok-bongkok mengerjakan sawah padi yang sudah mula menguning. Pak Cik Yong melambai-lambaikan tangan sambil menunjuk kearahku. Sebentar kemudian makcik datang berlari-lari.

Kelakar juga melihat makcik berlari-lari dengan badan yang gempal, berbut kuning dan berkain batik.

“Mak Cik…jangan lari nanti jatuh!”

Mak Cik tercungap-cungap kepenatan.

“Bila hang mai?” Mak Cik mencubit pipi ku dengan kedua-dua tangannya. Tangannya yang berlumpur mempalitkan lumpur ke mukaku. Dia tergelak lalu mengesat lumpur  di mukaku dengan kain tuala yang di selempangkan ke bahu.

“Pukul lima setengah tadi, Pak Su datang ambil,”

Pak Cik Yong dan Mak Cik sudah macam keluarga. Anak-anak mereka ramai. Lapan  orang semuanya. Semasa dari kecil, Mak Ciklah yang banyak menjaga aku.

“Kemarin Tam tangkap burung ayam-ayam. Hari ni nak sembelih. Mai lah rumah”

Selepas makan di rumah Pak Cik Yong, aku hanya menghabiskan masa di rumah. Mak  sibuk di dapur menyediakan makan malam walaupun jam baru pukul tiga petang. Ayah  seperti biasa, sejak pencen dia tidak lekat di rumah. Kalau tidak ke surau, dia  ke kebun. Walaupun kebun tu bukan kebun dia, kebun Pak Lokman, namun cukup rajin  dia mengerjakan kebun orang tua tu. Berbudi kepada tanah katanya. Kadang-kadang  mak syak yang dia pasang seorang lagi. Mungkin juga. Aku tak tahu.

Mak suruh juga aku jadi ‘spy’ untuk mengekori ayah pergi mana. Aku? Tak ada  kerja lain? Banyak lagi benda lain yang aku boleh buat seperti contoh  lepak-lepak kat tangga rumah! Hari berlalu dengan begitu perlahan. Sesekali kucapai handphone untuk melihat  sama ada Celcom dah memanjangkan siaran ke kampung aku yang agak terpencil ini.  Masih belum ada perkhidmatan.
Kenapalah aku bodoh sangat menulis nombor telefon  aku di tapak tangannya
Aku lemas. Aku masih teringat Kamal, lelaki yang aku temui di dalam bas ekspres.  Sesalan timbul dalam hati. Kenapalah aku tidak teringat untuk menulis nombor  telefon di tiket bas sahaja. Kenapalah aku bodoh sangat menulis nombor telefon  aku di tapak tangannya. Kalau dia lupa? Kalau dia mandi ke…tentu nombor tu  hilang. Aku merasa sesal kerana tidak mengucapkan selamat tinggal. Aku  benar-benar ingin bertemu dengannya sekali lagi.

Malam terus merangkak tiba. Aku terpaksalah ikut ayah ke surau. Malam tu aku  kena mengetuai tadarus. Aku ikut sahaja. Kenapalah aku begitu taksub dengan  kehidupan gay sehinggakan sewaktu membaca Quran pun aku masih teringat peristiwa  aku bersama Kamal. Aku merasa amat marah pada diriku sendiri yang tidak boleh ku  kawal. Aku perlu mengawal diri. Aku perlu ada kekuatan.

Tidurku hanya bersulam kesepian bertekad kerinduan. Perbualan dengan Fendi tidak  mengubat perasaanku. Kenapalah tidak aku beri sahaja nombor telefon rumah kepada  Kamal? Fikiranku mula melayang-layang.

Keesokan harinya, selepas makan tengahari, seperti yang telah kujanji dengan Pak  Su, aku menghantar sepupuku Wati pulang ke asrama Sekolah Sultan Mohamad Jiwa. Boleh juga menghilangkan kebosanan. Seperti biasa Wati tak habis-habis bertanyakan kepada tentang macam-macam. Tentang peperiksaan, tentang pelajaran,  tentang kerjaya. Yang paling menarik ialah bila beliau tanyakan kepadaku tentang  kehidupan di Kuala Lumpur.

“Tentu seronok,” katanya sambil bermenung ke luar tingkap kereta.

Hari masih awal. Selepas menghantar Wati aku terus ke Gurun ke rumah sahabat  lamaku Nian. Seperti biasa dia sibuk menguruskan halaman rumah yang penuh dengan  pokok-pokok bunga. Suasana amat tenang. Kami duduk berborak-borak kosong sambil  menghadap rambutan yang selambak.

Petang merangkak tiba barulah aku meminta diri untuk pulang. Khuatir juga  kalau-kalau Pak Su mencari aku sebab aku pakai keretanya. Sebaik sahaja masuk  ke dalam kereta aku terus memandu. Sesampai di tol Gurun aku teringatkan  ‘handphone’ yang kusimpan di dalam laci ‘dashboard’ kereta. Setelah membayar  tol, aku mencapai ‘handphone’. Sebaik sahaja aku terlihat ‘miss calls’ aku terus  berhenti ke tepi untuk melihat nombor-nombor ‘miss calls’.

Tiga panggilan yang tak terjawab. Aku merasa agak pelik, semuanya nombor yang  sama. Nombor yang tidak pernah kulihat selama ini. Kerana perasaan ingin tahu,  aku terus mendail nombor tersebut. 012………. 
I miss you like crazy I miss you baby….
“HELLO,” suara dihujung talian menyambut panggilan.
“Hello, ada tak panggil nombor 019………”

“Nombor apa?”

“019……..”

“Sekejap ya. ZAM!”

Aku tergamam. Mungkinkah betul apa yang kusangkakan? Aku panik. Aku seolah-olah  mahu sahaja mematikan telefon. Perasaanku bercampur baur. Aku gembira. Aku  gusar. Aku panik. Suara itu mungkin aku kenal. Suara itulah yang menghantui aku.

“ZAM……ni Kamal ni,”

“Kamal……”

“Tak akan dah lupa? Bas Ekspres?”

“Tak…tak lupa mana boleh lupa…”

“Zam kat mana sekarang?”

“Gurun. On the way nak balik rumah, You kat mana?”

“Mal kat rumah ni. Boring tak ada buat apa-apa,”

“O…..”

“Zam…..free tak esok?”

“Apa hal?”

“I nak ajak you jalan-jalan,”

Hatiku berlonjak. Jantungku berdegup pantas. Aku rasa nak menjerit. Aku rasa nak  terlompat. Aaaaaaaaaaaaarrrgggghhhhhhh………!!!!!!!!!! WOW………!!!!!!!!!!!YES!!!!

“Ehem……….pukul berapa?”

“Esok pagi I ada hal sikit, let say pukul satu tengahari, saya datang ambil
Zam?”

“O.K………serious ni?”

“Serious…tak sudi ke?”

“Bukan……o.k.lah……I tunggu dekat Pacific pukul satu tengahari esok o.k.,”
“O.K……….kita jump esok o.k. I miss you….bye,”

“Bye…..” aku terus meletakkan telefon. Nombor yang kudail tadi terus kusimpan ke  dalam memori telefon. ‘I miss you’ terngiang-ngiang di telingaku. Lagu Natalie  Cole yang pernah kugila-gilakan suatu masa dulu bermain-main di benakku.

“ I miss you like crazy I miss you baby….”

Aku akan jumpa Kamal lagi. Aku akan jumpa Kamal lagi

No comments:

Post a Comment