Thursday 30 June 2011

Perjalanan

Mus! Sudah sekian lama aku tidak bersua wajah dengan Mus. Selepas perkahwinannya aku terus menyepikan diri walaupun pernah beberapa kali Mus cuba menghubungi aku. Untuk apa lagi? Waktu itu terasa benar diri ini tidak lagi dihargai. Terasa benar diri ini tidak lagi diperlukan. Aku takut dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Aku takut. Aku mengelak setiap kali Mus ingin bertemu. Aku sakit hati yang teramat sangat. Email nya tidak pernah aku balas. Tidak pernah aku baca. Panggilan telefon darinya juga jarang aku jawab. Bukan apa, aku tidak tahan bercakap dengannya. Mendengar suaranya saja dada ku jadi sebak. Waktu itu aku memilih untuk tidak mahu mendengar apa jua penjelasan yang ingin diberikannya. Perit menerima kenyataan akhirnya aku memilih untuk menyepikan diri. Aku tidak dapat menerima hakikat perkahwinannya. Buat apalah lagi dia datang mencari aku kalau dia sudah berpunya. Aku lebih suka memilih mengundurkan diri dari menjebak diriku dalam hubungan antara aku, dia dan keluarganya. Bukan sehari dua aku kenal Mus. Bukan juga seminggu. Bukan juga sebulan. Persahabatan yang bermula secara innocent, kemudian cuba-cuba, akhirnya menjadi tabiat.

Semua orang tahu aku buah hatinya. Semua orang tahu dia buah hatiku. Semua orang tidak berani dengan ku kerana ada Mus. Mus yang pembengis tetapi amat lembut dengan ku. Mus yang menjadi kapten dalam hampir semua pasukan yang disertainya. Semua orang tahu di mana ada Mus di situ ada aku. Kerana Mus jugalah aku hampir-hampir tidak jadi ke luar negara menyambung pelajaran. Sewaktu di luar negara aku masih berhubungan dengan Mus. Pulang bercuti Mus pasti menunggu di airport. Sedang aku di dalam flight terkebil-kebil biji mata menunggu bilakah flight akan landed. Aku tidak sabar untuk berjumpa Mus. Aku tidak sabar untuk melihat sama ada Mus telah berubah apalagi setelah dia mula bekerja. Aku tidak sabar untuk melihat perubahan dirinya. Aku tidak sabar melihat kedewasaannya. Aku tidak sabar untuk spend duit gaji pertamanya yang katanya disimpan sedikit untuk aku. Aku tidak sabar menunggu ucapan dari Mus bahawa aku masih tetap seperti dulu. Aku tidak sabar mendengar ucapannya dia merindui aku.

Kemudian muncul Yusdi. Aku berkenalan dengan Yusdi tatkala aku di tahun akhir menunggu masa untuk pulang ke tanah air. Kampus yang besar dan juga course kami yang berbeza menyebabkan kami tidak pernah bertemu sebelumnya. Kalau pernah bertemu pun mungkin kami saling tidak menghiraukan satu sama lain. Peliknya kami tidak berkenalan di kampus. Kami bertembung di luar. Di pejabat Malaysian Airlines. Dia terkejut sewaktu mendengar aku ingin menukar penerbangan aku ke Kuala Lumpur. Di situ dia mula menegur ku menggunakan bahasa ibunda hingga aku sendiri terkejut bertanyakan sama ada aku orang Malaysia. Tak siuman ke apa mamat sorang ni, fikir aku sendiri waktu itu. Mestilah aku rakyat Malaysia. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Mus. Yusdi menjadi penyelamat sewaktu aku patah hati menjelang perkahwinan Mus. Mujur ada Yusdi untuk aku melupakan Mus. Huluran cintanya aku sambut menjelang perkahwinan Mus. Namun kesudahannya tetap sama. Yusdi meninggalkan aku akhirnya. Bezanya dia tinggalkan aku demi seorang pondan!

‘Nik my dear….. apa khabar? Lama tak jumpa.’

Semua kenangan masa lalu ku bersama Mus bagaikan kembali berputar di depan mata. Menari-nari di depan mata ku. Semuanya masih segar di ingatan. Dan kini merenung seraut wajahnya aku dihimpit emosi yang bercampur aduk. Kalaulah aku masih kanak-kanak sekolah ingin sekali aku berlari ke pelukannya. Kalaulah Suhaimi tidak ada di sisi aku pasti sudah berlari ke pelukannya. Persetan dengan orang sekeliling. Persetan semuanya!

‘Baik. Kau tak banyak berubah.’

‘Ya. Kau pun. Macam dulu juga.’

Tidak Mus. Semuanya telah berubah. Segala-galanya berubah. Kampong kita sudah berubah. Keadaan sekeliling kita semuanya berubah. Termasuk juga aku sudah berubah. Hidup aku kini porak peranda.

‘Buat apa kau di sini?’, soal Mus lagi kepada aku.

‘Kampong aku. Kau buat apa di sini?’

‘Kampong aku juga.’

‘Kau ingat Suhaimi kan?’

‘Ingat. Kenapa pula tak ingat?’. Suhaimi dan Mus bersalaman. Wajah mereka tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang dapat aku teka.

‘Aku jalan dulu Mus. Jom Mi.’

Mus hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Matanya yang sedikit sepet masih tetap merenung seraut wajahku. ‘Kau tak nak shake hands dengan aku lagi Nik?’ Mus tiba-tiba bertanya. Selamba.

Aku tersenyum sumbing lantas menyambut huluran tangannya. Aku bagaikan terkena kejutan elektrik sewaktu tangan kami bersentuhan. Tangan aku di genggam nya erat lantas dia menarik aku ke pelukannya sambil ketawa. Dia mengeratkan pelukannya hingga aku hampir tidak dapat bernafas. Dengan kedua belah tangannya yang kemas badan aku diangkat tinggi di pelukannya. Dia masih tetap ketawa.

‘Kau balik bercuti? Mana kau tinggal?’, soal Mus di telinga ku. Haruman badannya menerpa ke hidung ku. Badan ku masih dipeluknya tanpa mempedulikan orang sekeliling.

‘Kau risik sendiri!’, balas ku setelah Mus melepaskan pelukan. Aku jadi serbasalah diperlakukan begitu di depan Suhaimi.

‘Dah la aku jalan dulu.’

Di dalam kereta Suhaimi mendiamkan diri. Sesekali dia mengeluh. Aku tidak tahu apa yang bermain di fikirannya. Mungkin memikirkan tentang kehadiran Mus. Aku juga memilih untuk mendiamkan diri. Jika aku berkata sesuatu, aku bimbang aku akan berkata sesuatu yang tidak mahu didengarnya. Aku bimbang aku mungkin menyakiti perasaannya. Saat itu timbul bimbang, kasihan dan ketidaktentuan perasaan aku terhadap Suhaimi.

‘Ke mana kita ni Nik?’

‘Pasar.’

‘Buat apa?’

‘I feel like cooking tonight. Masak untuk kau. What do you feel like eating?’

Suhaimi tersenyum hambar mendengar pertanyaan aku.

‘Jangan yang susah-susah …. aku tak pandai. Yang simple bolehlah.’

‘Apa saja yang kau rasa nak makan. Aku on saja’

‘Okay, let see what they have. Kalau kau dah rasa masakan aku Mi, kau terus akan melekat dengan aku!’ Suhaimi ketawa besar mendengar jawapan aku.

‘Kenapa kau ketawa?

‘Tak ada apa-apa…… sekarangpun dah melekat!’ Aku ikut ketawa bersama Suhaimi.

Suhaimi membantu aku di dapur petang itu. Bukan membantu. Mengacau sebenarnya. Aku begitu particular kalau di dapur. Bawang harus dipotong bagaimana. Sayur harus dipotong bagaimana. Semua ada cara dan pattern nya. Aku tak tahan melihat hasil yang Suhaimi tunjukkan kepada ku.

‘Mi …. I cannot take it’, aku merengek kepada Suhaimi.

‘Kenapa?’, tanya nya cemas.


‘Kenapalah kau potong benda alah ni begini? Kau main hentam ja!’

‘Ahh… aku ingatkan apa. Alah… sama juga. Masuk dalam kuali dah tak nampak lagi bentuknya.’

‘Tak boleh Mi. Dengan aku tak boleh. Aku sakit mata nengok! Dah la … kau tolong aku panggang ikan ni di luar. Biar aku potong.’

‘Errr … Nik … nak letak ikan ni dalam semanggang pun ada caranya ka?’ Suhaimi bagaikan menyindir. Wajahnya tersengih melihat wajah aku yang menyinga.

‘Ya ada! Susun ikut jantina!’ Suhaimi ketawa mendengar jawapan aku.

‘Meh la, aku bakarkan untuk kau’, balas Suhaimi keluar menghidupkan api. Aku ikut keluar dengan semanggang di tangan menghulurkan kepadanya lantas kembali ke dapur menyiapkan kerja. Dari jendela aku tak henti-henti merenung sekujur tubuh Suhaimi yang cuma berseluar pendek waktu itu. Dadanya bertelanjang. Perutnya kempis berbuku sedang dada bidangnya keras menonjol ke depan. Sesekali dia berpaling ke arah ku sambil tersenyum. Aku tidak tahu apa yang bermain di fikirannya. Kalaulah aku dapat membaca fikirannya tentu lebih mudah. Kenapa Mus harus muncul kembali? Kenapa kami harus bertembung dengan Mus? Kenapa aku memilih untuk lunch di luar hari ini? Kalaulah aku di rumah saja pasti semua ini tidak akan berlaku. Pasti aku tidak akan bertembung dengan Mus.

‘Banyaknya Nik. Sapa nak makan semua ni?’, ujar Suhaimi sewaktu melihat aku menghidang makanan di meja.

‘Kaulah. Sapa lagi?’

‘Aku? Tak terlarat aku Nik. Kau jemput Mus datang ke?’

‘No. Ada kau dengar aku jemput dia tadi?’

‘Tak de.’

‘So…..?’

‘Manalah tahu.’

‘Tak…. aku masak untuk kau. Selalu makan di luar boring juga.’

‘Oh… I’m flattered.’ Kami duduk makan dengan berselera. Seronok aku melihat Suhaimi enjoy masakan aku. Hilang segala penat melihat Suhaimi makan.

‘Hilang penat aku tengok kau makan Mi.’

‘A ah …. kalau macam ni lah, I don’t mind helping you di dapur. Mana kau belajar masak ni Nik.’

‘Jauh aku belajar Mi. Kat luar negeri!’. Suhaimi ketawa mendengar jawapan aku. ‘Ya lah Mi…. bila dah di sana kena buat sendiri semuanya, nak beli tak ada, kalau adapun mahal, kalau tak mahal pun rasanya tak sama dengan lidah kita, terpaksalah improvised dan buat sendiri. Bila dah balik sini, kau hentam betul-betul!’

‘Mi ……’. Suhaimi tak menghiraukan panggilan aku. Dia masih sibuk dengan makanannya.

‘Mi!’

‘Apa?’

‘Pasal Mus’

‘Kenapa pasal Mus?’

‘Kau marah?’

‘Tak’

‘Kau kecil hati?’

‘Tak’

‘Kau tak rasa apa-apa?’

‘Ada.’

‘Apa kau rasa?’

‘Payah nak cakap Nik sebab aku kenal korang dari dulu lagi.’ Aku diam mendengar kata-kata Suhaimi.

‘Benda dah lepas Mi.’

‘Kau tahu Mus dah bercerai?’

Ha! Bercerai? Aku ternganga sambil menggelengkan kepala. Aku memilih untuk tidak komen apa-apa lagi. Takut disalah tafsir oleh Suhaimi.

‘Kau ingat kata-kata aku semasa di KK dulu?’

‘Ingat. Kenapa?’

‘Jangan lupa kata-kata aku.’

‘I will not.’ Aku merenung Suhaimi yang tunduk mengadap hidangan di depan mata. I shouldn’t have brought the subject up! Mulut ini memang lancang! Dia tidak lagi memandang kepada ku walau aku memanggilnya berkali-kali. Pun setiap soalan ku tetap dijawab. Cuma dia tidak lagi memandang ke arah ku. Sepatah aku tanya, sepatah dijawabnya. Aku jadi buntu diperlakukan
begitu. Mati kutu.

‘Mi.’

‘Apa?’

‘I don’t like to be treated like this.’

‘Aku tak suka tengok kau dipeluk Mus!’

‘Aku faham but it’s only one sided. Aku tak rasa apa-apa.’

‘Aku yang rasa. Mus juga mesti rasa. Kenapa kau mesti fikirkan tentang kau sorang? Aku. Mus. Kau tak fikir?’

‘Tak. Aku cuma fikir tentang kau saja. Mus tak terfikir pula aku.’ Barulah Suhaimi mendongakkan wajahnya memerhatikan aku. Pandangan matanya tajam. Belum pernah aku melihat dia begitu. ‘Ambil hati aku?’

‘Tak. Aku bercakap benar. Masakan ni nak ambil hati kau! Pernah aku berbohong dengan kau?’

Suhaimi diam sebentar bagai memikirkan sesuatu. Tangannya menguis-nguis nasi di pinggan.

‘Tak pernah rasanya.’

‘Aku tak boleh buat apa-apa kalau kau tak percayakan aku Mi. Terserah kalau kau memilih untuk percaya pada angan-angan kau tapi aku dah cakap benda yang benar.’

‘Kau marah?’

‘Tak. Aku takut kau yang marah tak bertempat.’

‘Mana ada aku marah?’

‘Ego lelaki kau tinggi Mi. Menyampah aku!’. Suhaimi ketawa mendengar aku bercakap begitu. Barulah reda sedikit ketegangan yang aku rasakan tadi.

‘Kau sayangkan aku?’ Aku diam tak membalas soalannya. Suhaimi ketawa berdekah-dekah. ‘Aku tahu kau sayangkan aku.’

‘Eii…. Meluat la cakap dengan dia ni!’

‘Mengaku saja Nik…… mengaku saja!’

Aku ikut ketawa bersama Suhaimi. ‘Perasan la kau Mi.’ Suhaimi masih tetap ketawa.

‘Nah Nik… tak apa biar aku kemaskan meja. Biar abang buat. Kau pergi duduk depan TV. Karang abang datang!’

‘Adoi Mi… naik bulu roma aku dengar kau sebut abang. Tolong buatkan kopi sekali boleh?’

‘Boleh! Boleh! Sebutlah apa saja. Semua abang boleh buatkan.’ Senyuman tak lekang dari bibir Suhaimi sambil tangannya ligat mengemas meja. Dangkal sangat kah pemikiran jantan ni? Takkan dia tak tahu isi hati aku selama ini? Apakah semuanya perlu diungkapkan dengan kata-kata. Perlu kah?

Kenangan Indah Kembali

Duduk-duduk sendirian di luar rumah aku memerhatikan ada kereta yang menaiki bukit memasuki kawasan rumah dengan laju. Siapa pula yang kurang ajar memandu dengan begitu laju ni? Sinar matahari petang itu menyilaukan pandangan mata ku. Aku terkebil-kebil cuba meneka siapa yang datang. Takkan Yuri dah berkereta? Takkan Latiff dah tahu rumah aku?

‘Ha! Dah tak kenal aku lagi?’

‘Mus! Tak nampaklah. Silau.’

‘Ha! Ingatkan dah tak kenal!’

Aku memilih untuk tidak menjawab sindiran Mus.

‘Dapat kau cari aku Mus.’

‘Tak susah. Satu kampong kenal kau. Satu kampong tahu kau siapa. Orang famous. Orang dah senang sekarang.’

‘Kalau kau datang nak menyindir aku lebih baik jangan datang Mus.’

‘Halau aku? Main kasar nampak Nik?’

‘Benda betul.’ Mendengar jawapan aku Mus menoleh kepada ku dengan muka yang merah menyala hingga aku sendiri terkejut melihat perubahan reaksinya. Sekilas terbau arak dari hembusan nafasnya. Aku betul-betul tidak faham dengan perubahan sikap Mus. Mus yang dulu lemah lembut dengan ku. Mus yang selalu mengikut kata-kata aku. Aku jadi kaget.

‘Kenapa kau ni Mus?’

‘Kenapa kau tanya aku?’. Mus tiba-tiba cuba menarik aku ke pelukannya. Nafasnya berbau arak dengan begitu kuat sekali. Aku meronta cuba melepaskan diri sedang Mus masih tetap cuba mengemaskan pelukannya. Aku menolak Mus hingga dia terdorong ke belakang hampir-hampir terlentang dibuatnya. Mus yang di depan aku kini bukan lagi Mus yang pernah aku kenali dulu.

‘Kenapa kau ni Mus? Dah gila?!’

‘Apa kurangnya aku Nik? APA? Apa lebihnya Suhaimi?’

‘Kau laki orang.’

Mendengar jawapan aku Mus tiba-tiba menjadi lebih marah. Tangan kanannya melayang ke pipi namun sempat aku tepis. Kerana dia lebih tangkas dari aku, tangan kirinya pula melayang ke pipi sebelah kiri ku. Pang! Lima jarinya hinggap ke pipi ku, berdesing hingga ke telinga. Berpinar-pinar aku dibuatnya. Aku begitu terkejut ditampar Mus. Seingat aku belum pernah Mus berkasar dengan aku. Meninggikan suara pun tidak apalagi mengangkat tangannya kepada aku. Belum pernah. Puaka apakah yang telah merasuk dia? Hantu apakah yang telah hinggap di badannya?

‘Aku manjakan kau Nik. Dari sekolah sampailah kita bekerja. Setelah kau senang ini balasan kau. Manusia apa kau ni Nik? MANUSIA APA??’, Mus menengking aku dengan kuat. Dia diam sebentar sambil matanya masih tetap merenung aku tajam. Tiba-tiba dia ketawa berdekah-dekah tanpa sebab yang dapat aku fahami. Memang benarlah dia sudah gila!

Aku terkaku sambil meraba pedihnya pipi ditampar Mus. Pijar terasa seluruh wajah. Air mata mula mengalir. Aku menangis bukan kerana sakit ditampar. Aku menangis kerana sakit hati dituduh yang bukan-bukan. Aku menangis diherdik yang bukan-bukan. Rendahnya darjat aku sebagai seorang manusia aku rasakan waktu itu. Aku menangis melihat perubahan Mus kini. Apa yang berlaku sebenarnya? Apa yang telah dilaluinya hingga membuat dia berubah sebegini? Dengan air mata yang masih mengalir di pipi aku berpaling menghadapnya.

‘Bukan aku yang tinggalkan kau Mus. Kau lupa yang kau dah kahwin? Ada kau beritahu aku? Adakah Mus? Pernah kau fikirkan pasal aku waktu tu Mus? Aku hampir tak keluar negeri kerana kau. Bila aku balik aku dapat berita kau dah kahwin. Aku macam mana waktu tu Mus?’

‘Aku terpaksa kahwin.’

‘Terpaksa?’

‘Aku lelaki!’

‘Kalau kau lelaki kenapa kau masih mencari aku Mus?’. Mus bagaikan kehilangan kata-kata berdepan dengan ku. Hanya pandangan matanya yang tajam merenung aku.

‘Mus aku tak kenal kau lagi. Apa dah jadi Mus? Sejak bila kau berubah begini? Cukuplah. Lebih baik kau balik. Balik dan jadi lelaki.’

‘Tapi aku tak pernah lupakan kau Nik.’

‘Aku pun tak pernah lupakan kau Mus. Balik ke sini pun muka kau yang aku nampak di setiap ceruk. Semua kenangan aku dengan kau di sini. Di semua tempat. Kau ingat senang bagi aku? Tapi cukuplah Mus. Cukup sampai hari ni.’

‘Nik …………..’

Aku membatukan diri. Aku sama sekali tidak menyangka Mus akan begini. Sama sekali tidak menyangka dia akan menjadi begitu emosi.

‘Nik …. tolonglah …….’

‘Jangan rendahkan maruah kau Mus. Aku tak boleh terima. Lagipun aku dah ada Suhaimi.’

‘Celaka si Suhaimi ni.’

‘Lebih baik Suhaimi dari orang lain Mus. Orang yang kau tak kenal.’

Mus mengangguk-anggukkan kepalanya.

‘Baik … jika itu yang kau mahu. Tapi kau jangan menyesal!’

Saat itu aku benar-benar membenci Mus. Benci dengan perubahan sikapnya. Benci dengan kata-kata yang dihamburkan kepada aku. Saat-saat indah aku dengannya bertahun-tahun dulu hilang dalam sekelip mata. Semua kenangan manis bersamanya yang aku simpan dalam hatiku hancur berderai dek perubahan sikapnya hari itu. Aku benar-benar melihat Mus bagai orang asing hari itu. Kenapa begitu sekali perubahan sikapnya? Aku benar-benar tidak mengerti.

Mus melangkah pergi dengan kasar. Sebelum masuk ke perut kereta dia masih sempat melaungkan kepada ku.

‘Kau jangan menyesal Nik!’

Mus meluncur pergi dengan laju. Berkepul-kepul debu jalan naik ke udara dilanggar kereta Mus. Aku masih terpaku sambil meraba-raba pipi. Pedihnya masih terasa. Hilang kepulan debu jalanan dibawa angin aku melihat kereta Suhaimi dipandu perlahan memasuki perkarangan rumah. Suhaimi keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke arah ku.

‘Kenapa Mus tu?’

‘Tak tahu. Mabuk.’ Aku tunduk merenung rumput di tanah sambil kaki menguis-nguis tak tentu arah.

Suhaimi mengangkat wajah ku untuk menatap wajahnya. Tentu dia perasan pipi aku merah. Senyuman yang berbunga di wajahnya kaku tiba-tiba.

‘Sapa buat ni Nik? Mus? Cakap!’

Aku diam tidak menjawab soalan Suhaimi.

‘Mus yang tampar kau Nik?’

Aku masih diam. Kali ini muka Suhaimi pula yang menyinga. Telinga Suhaimi, aku lihat sudah kemerahan. Peluh mula memercik di dahinya. Nafasnya turun naik dengan kencang.

‘Salah kita juga.’

‘Takkan sampai belasah orang! Dia ingat dia siapa? Ini tak boleh jadi. Kau tunggu sini Nik.’

Suhaimi mula bergegas mahu ke keretanya. Aku menarik tangannya. Mencengkam dengan kuat.

‘Mi… demi nama baik aku tolonglah jangan buat hal.’

‘Aku yang buat hal atau dia Nik?’, Suhaimi cuba melepaskan cengkaman tangan ku.

‘Demi aku Mi. Demi abang aku. Tolonglah. Demi kita. Kecoh satu kampong nanti. Mana aku nak letak muka Mi?’

‘Argh…. senang hati nak pukul-pukul orang.’

‘Tolonglah Mi…. jangan cari gaduh dengan Mus. Kita juga yang susah nanti. Dia tak pa lah. Sampai masa dia balik ke tempat dia. Kita yang tinggal ni?’ Suhaimi membisu sambil mengetap bibir. Matanya memandang tepat ke arah ku. Aku juga tidak tahu apa lagi hendak aku katakan dalam situasi begitu.

‘Kau pasti kau tak apa-apa? Dia pukul lain tempat lagi?’

‘Tak.’

‘Sakit?’

‘Panas terasa satu muka. Tapi hati aku yang lebih sakit.’

‘Dah gila agaknya Mus ni.’

Malam itu aku begitu terasa tension yang melanda. Suhaimi lebih banyak berdiam diri. Semua lawak bodoh depannya tidak menjadi. Dia sekadar tersenyum pahit. Aku tahu dia masih marah dengan kejadian petang tadi. Aku tersepit antara Suhaimi dan Mus. Yuri pun tak kelihatan. Setidak-tidaknya kalau ada Yuri boleh juga dibawa berbual tanpa perlu menyentuh hal Mus.

Sewaktu di ranjang Suhaimi memeluk aku kemas. Terasa begitu selamat berada di pelukannya. Terasa diri begitu berharga dan disayangi. Tak menentu tidur Suhaimi malam itu. Adakalanya bergeser ke kiri, dan adakalanya bergeser ke kanan. Kadang-kadang tangannya meraba-raba mencari aku kembali ke dalam pelukannya. Aku akhirnya terlena dibuai mimpi indah tentang hari esok yang bakal menjelma. Sedang enak dibuai mimpi tiba-tiba aku terjaga bagai dikejutkan sesuatu. Aku fikir Suhaimi. Berpaling mengadap nya, aku melihat Suhaimi sedang tidur dengan lena. Dadanya turun naik teratur. Merenung ke luar jendela aku melihat bagaikan ada kelip-kelip yang bermain-main di luar. Sekejap terang, sekejap gelap.

Tapi takkanlah kelip-kelip seterang begitu? Aku berjalan ke jendela ingin memastikan cahaya apakah yang aku lihat di luar sana.

Terlihat ada bebola api yang melayang-layang di luar kawasan rumah. Jatuh betul-betul di sekitar kawasan pagar rumah. Kemudian muncul lagi. Jatuh lagi di kawasan pagar rumah. Hatiku mula berdegup kencang kerana ini pengalaman pertama menghadapi suasana begitu.

‘Mi bangun ……’ Suhaimi masih tetap kaku tak mendengar panggilan ku.

‘Mi ….. bangun ….’ Aku menepuk-nepuk perlahan tubuhnya. Suhaimi membuka mata dan melihat aku.

‘Kenapa?’, serak suaranya antara tidur dan jaga.

‘Ada api di luar.’

‘Hah?! Api? Apa yang terbakar?’

‘Di luar’, balas aku sambil berjalan kembali menuju ke jendela. Suhaimi terburu-buru mengekori aku.

‘Mana?’

‘Tu …..’, balas aku sambil menuding jari menunjukkan bebola api yang masih lagi muncul. Setiap kali aku menuding jari bebola api itu jatuh.

‘Apa nak buat ni Mi?’

‘Minta tolong dari Tuhan. Tawakal.’ Semalaman kami tidak tidur melihatkan bebola api yang semakin galak di luar. Nak tidur aku bimbang api tersebut memasuki kawasan rumah. Selama waktu itu api tersebut jatuh di luar pagar bagaikan ada pengadang yang menghalang ia dari memasuki kawasan rumah. Mungkin juga rumah aku telah terlebih dahulu ‘dipagar.’ Mungkin. Kasihan aku melihatkan Suhaimi keesokan harinya. Tentu dia masih mengantuk. Seperti juga semalam dia tidak banyak bicara sewaktu aku menghantarnya hingga ke depan pintu. Malah dia masih sempat berpesan agar aku jangan keluar dari kawasan rumah hari itu. Aduh! Mana mungkin aku terpenjara di kampung ku sendiri?

‘Hallo! Abang Kamal. Nik.’

‘Ha Nik. Lama tak datang rumah? Ada design baru?’

‘Hmm …. Belum siap lagi bang. Tak ni bang, nak bagi tahu….’

‘Apa halnya?’

‘Tak …. Semalam ada orang hantar tuju-tuju ke rumah ni. Tapi semuanya jatuh dekat pagar rumah.’

‘Ha?! Tuju-tuju? Sapa punya kerja?’

‘Tak tahu bang. Saya bimbang juga kalau apa-apa terjadi.’

‘Rumah kau tu dah berpasak dan berpagar sebelum kau pindah lagi Nik. Cuma berhati-hati kalau di luar. Itu sajalah. Jangan makan tak tentu tempat.’

‘Hmm… Kak Wan sihat?’

‘Sihat. Selalu dia bertanyakan kau… kenapa tak datang rumah.’

‘Nantilah bang, insya-Allah. Kalau malam ni benda tu datang lagi macam mana bang?’

Abang Kamal terdiam lama sebelum menjawab.

‘Tak apa. Jangan risau. Nanti abang usahakan sesuatu. Kalau kau masih dalam kawasan rumah okay Nik, cuma jangan keluar lebih dari kawasan pagar. Itu saja.’

Aku tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat selain dari duduk-duduk menunggu Suhaimi pulang. Selalunya dia tidak selewat begini. Sebelum Maghrib sudah nampak bayangnya. Dan kalau dia lambat selalunya dia akan telefon. Hari ini aku merasakan begitu penting dia memberitahu aku segala pergerakannya. Selalunya aku tidak pernah ambil kisah pukul berapa dia mahu pulang, atau dia tidak pulang terus. Tetapi tidak hari ini. Aku risau. Aku bimbang. Aku takut apa-apa terjadi kepadanya. Aku takut kehilangannya. Aku takut aku akan kembali bersendirian.

Selesai sembahyang Maghrib aku mendengar enjin kereta Suhaimi memasuki kawasan rumah. Lega hati aku melihat kelibatnya. Kelegaan hatiku tidak lama. Hatiku kembali berbunga resah tatkala melihat keadaan dirinya. Pakaiannya tidak terurus. Rambutnya kusut masai. Kelihatan lebam di rahang pipi sebelah kirinya. Suhaimi masuk tanpa memandang ke arah ku lantas duduk di lantai bersandarkan dinding. Aku ke dapur mengambil minuman. Kembali ke ruang tamu meletakkan minuman dan kembali lagi ke dapur mengambil tuala dan air panas. Kembali lagi ke ruang tamu dan duduk di hadapannya.

‘Sakit?’, kata ku sambil meraba pipinya yang kelihatan bengkak dan lebam. Suhaimi diam tak membalas pertanyaan aku. Cuma matanya yang merenung aku.

‘Kan dah tak elok muka ni. Dah bengkak’, aku seolah-olah merungut sendirian kerana Suhaimi masih tidak bersuara. Dia sedikit mengelak sewaktu aku meletakkan tuala panas ke bahagian yang bengkak. Rambutnya yang jatuh ke dahi aku sela.

‘Aku rasa lebih baik kau balik ke KL dulu Nik.’

Kali ini giliran aku pula yang diam tak bersuara. Balik ke KL? Apa gunanya aku bersusah-payah meninggalkan KL dan kemudian berpatah-balik? Ya ampun! Aku tak mungkin melakukannya. Aku tidak mungkin akan tunduk. Tidak mungkin lagi.

‘Buat sementara. Aku rasa itu lebih baik.’

Aku masih tidak menjawab. Tangan aku masih mendemah bahagian wajahnya yang bengkak.

‘I’ve told you not to look him up. Kau degil. Ikutkan hati yang marah. Dah. Jom mandi.’

Aku menarik tangan Suhaimi. Dia mengikut aku bagaikan kanak-kanak kecil yang dipimpin. Aku menariknya ke kamar mandi. Pakaiannya aku lepaskan satu persatu. Suhaimi memandang wajah ku bagai tidak mahu dilepaskannya. Suhaimi kini bertelanjang bulat di hadapan aku. Mata bening nya masih tetap merenung aku.

‘Kau mandikan aku?’

‘Hmm… hmmm …..’

Badannya aku sabun. Aku urut perlahan-lahan. Dia membiarkan badannya di basahi pancutan shower head. Butir-butir air yang hinggap ke tubuh kekar nya menambahkan lagi ketampanan yang dimiliki Suhaimi.

‘Pusing. Let me wash your back.’ Suhaimi lantas berpusing, menongkatkan tangannya ke dinding.

Aku masih tetap menyabun nya sambil memicit-micit sekitar belakang badannya. Sesekali Suhaimi mendesah kelegaan. Dia kemudian memusingkan badannya berhadapan dengan ku. Menarik aku ke dalam pelukannya. Di bawah pancuran air itu dia mencium aku dengan lembut. Lembut tetapi bernafsu. Aku membalas ciumannya dengan rela hati. Dengan sepenuh hati. Kasih aku tumpah meruah kepada Suhaimi petang itu. Tumpah kepada Suhaimi yang gagah dan kekar. Mulutnya kemudian mencium sekitar bahu dan leher ku. Aku mengeliat kegelian tetapi nikmat diperlakukan begitu. Suhaimi kemudian menarik tangan aku ke atas dan melucutkan pakaian aku yang masih terlekat di badan. Bibirnya kemudian bertaut lagi dengan bibir aku penuh bernafsu. Tangannya memicit-micit puting tetek ku. Sesekali lembut. Sesekali kasar. Badan ku dihimpit nya hingga aku tersandar ke dinding. Batang konek nya yang sememangnya sudah tegang dihalakan ke celah kangkang ku. Mencari sasaran di bawah buah zakar ku. Aku lantas menyepit nya dengan merapatkan paha aku hingga batang konek Suhaimi betul-betul berlabuh di bawah buah zakar ku. Dia menyorong dan menarik batang konek nya berkali-kali sambil bibirnya masih tetap mencium bibir aku. Sesekali dia mengerang bila aku mengetatkan jepitan aku. Batang konek nya yang panjang memudahkan aku menjepit tanpa terlepas. Sesekali pelukan Suhaimi menjadi begitu erat tatkala dia mendorong batang konek nya ke depan. Aku lemas dalam pelukannya. Waktu itu aku rela diperlakukan apa saja. Aku rela.

Dengan perlahan aku menolak tubuh Suhaimi ke depan. Tangannya menggapai botol syampu lantas dituangnya ke arah badan kami berdua. Aku mendekati Suhaimi yang terlentang di lantai. Berdiri terkangkang lantas perlahan aku menurunkan badan ku. Suhaimi menggenggam batang konek nya menunggu kehadiran lubang nikmat ku. Aku membetulkan hala tuju batang konek Suhaimi. Menggenggam batang konek nya hingga betul-betul mengenai lubang jubur ku. Suhaimi memegang pinggang ku. Matanya terpejam tatkala bontot ku mula menelan kepala konek nya. Aku bermain-main dan memasukkan dan mengeluarkan batang konek nya dari lubang kenikmatan ku. Suhaimi mendesah menahan nikmat setelah berkali-kali aku lakukan sebegitu. Suhaimi mengemaskan pautannya di pinggang ku dan dengan kemas juga menekan pinggul ku hingga ke semua batang konek nya terbenam di dalam lubang jubur ku. Aku menggeletek kenikmatan tatkala merasakan tujahan batang konek keramat Suhaimi. Suhami mengerang kenikmatan dengan kuat. Batang konek nya keluar masuk mengirim sejuta kenikmatan bagi kami berdua. Aku mengemut-ngemut setiap kali merasakan tujahan batang konek nya. Sesekali Suhaimi mengeratkan pelukan di pinggang aku. Tak tertahan menahan rasa nikmat itu aku melabuhkan badan hingga dada kami saling bertemu. Aku biarkan dia bekerja sendiri menghempap pejal bontot ku hinggalah aku merasakan Suhaimi memuntahkan air maninya ke di dalam diriku. Dengan batang konek nya masih terpacak di dalam lubang jubur ku dia mengocok-ngocok batang konek ku hingga aku juga turut mencapai puncak klimaks sambil mengerang-gerang memanggil namanya. Meluruskan kaki aku memeluk sekujur batang tubuh Suhaimi sambil tersenyum puas ke arahnya. Dia membalas senyuman ku lantas mencium dahi ku.

Mungkin kerana keletihan Suhaimi tertidur sekembalinya aku dari bilik mandi. Dia tidur telentang dengan hanya memakai kain pelikat. Dadanya turun naik dengan tenang. Aku biarkan dia berehat. Aku biarkan dia mengulit mimpi. Entah mengapa timbul rasa kasihan sewaktu aku merenung seraut wajah yang sedang tidur itu. Aku tidak tahu mengapa perasaan itu timbul tapi itulah yang aku rasakan di saat itu. Mungkin kerana selama ini Suhaimi banyak bersabar dengan ku. Mungkin juga kerana dia sedaya upaya cuba memahami aku. Mungkin juga kerana Suhaimi sendiri mengetahui dia adalah orang ketiga dalam hidup ku. Dan kini dengan munculnya Mus di mana letaknya dia? Ketiga? Atau ke empat?

No comments:

Post a Comment